Tuesday, March 17, 2009

Dia

Apa gile ari ni..keje aku mendownload lagu2 lama yang pernah aku minati suatu ketika dulu..lagu apa tu tak payahlah aku bagitau sbb aku rasa lagu itu la permulaan menggamitnya kenangan aku dengan seseorang yang pernah aku sayangi selama 12 tahun dan akhirnya aku ditinggalkan sendirian kerana takdir telah memisahkan aku dengan dia. Pada tanggal 25 mei 2007,Dr S.H telah pun kembali ke rahmatullah kerana kemalangan yang berlaku pada hari itu selepas pulang dari rumah aku untuk ke Subang airport untuk mengambil kawannya di sana. Mmg sampai hari ini aku masih rasa bersalah sbb aku memarahi dia selepas pertengkaran kecil yang berlaku antara aku dengan dia pada hari itu. Pertengkaran yang tak disengajakan,maybe pada hari tu aku demam..sbb makan ubat flu..so mamai la sikit.. Mmg aku tak salahkan dia sbb dia dgn baik hati dgn kerumah untuk memberikan ubat pada aku, tapi sbb dia mengungkit pasal F, terus aku melenting dan suruh dia tinggalkan aku. Sungguh tak sangka dia akan meninggalkan aku untuk selamanya sedangkan pada waktu itu aku teramat memerlukan dia di dalam hidup aku. Hampir separuh mati aku jalani hidup ini kerana kehilangan dia.. biarpun begitu aku redha dan tabah untuk hadapi semua itu. Sampai hari ni aku masih sukar menerima kepergian dia sebenarnya.. aku cuba untuk kuatkan diri aku..tapi apakan daya, aku hanyalah insan biasa yang harus menerima segalanya dengan keperitan dan redha dengan dugaan dariNYA. Biarpun semuanya dah berlalu tetapi ianya masih segar dalam ingatan aku.. Tak terlintas sikitpun yang dia akan meninggalkan aku untuk selamanya...tak terlintas sedikitpun yang dia pergi tanpa pesan untukku...Terima kasih pada kawan2 yang sudi memberikan sokongan pada aku untuk tabah menerima segala yang berlaku.. Tanpa kalian semua...tak pasti aku akan kuat untuk mengharungi segalanya...

These tears that fall from my eyes
Are cries for help in disguise
They roll down these cheeks
And I count the weeks
The weeks that go by without help
Help which is desperately needed

No comments:

Post a Comment