
Pagi ni, secara tak sengaja aku teringat kenangan-kenangan lama, teringat kembali kepada teman2 yang aku sayangi sewaktu dahulu.. Puas untuk aku jejaki tapi akhirnya jalan yang buntu aku temui. Ternyata begitu sukar untuk jejaki mereka2 yang aku kenali selama ini. R... orang yang paling aku sayang 12 thn yang lepas. Hanya kerana satu salah faham akhirnya aku kehilangannya sehingga kini. Dah bermacam cara untuk aku cari dia tapi tiada apa yang menjadi petunjuk untuk aku menemui dia kembali. Sedih memang sedih tapi aku harus terus mencuba dan terus mencuba walaupun aku tahu itu takkan berjaya. Tiba-tiba pula aku teringat kepada arwah kawanku.. KHAIRIL AZWAN..seorang kawan yang setia..walaupun dia telah pergi menghadap illahi..namun kenangan bersama dia terlalu sukat untuk aku lupakan hingga hari ini.. itulah kawan semasa susah dan senang..kawan dari kecil hingga ke besar..tapi Allah lebih menyayangi dia..Aku harus redha dengan pemergian dia.. Semoga dia bahagia dan di cucuri rahmatnya di SANA...Al Fatihah!!
Teringat pula pada kenangan-kenangan sewaktu di alam persekolahan..mengingati teman2 lama yang telah lama yang tidak aku temui di SMBK,SMTKK dan juga UTM...terlalu rindu untuk aku ulangi zaman dahulu kerana saat itu suka duka bersama teman2 lama tetap aku ingati hingga kini... Terlalu banyak kenangan bersama mereka... dimanakah mereka semua....??? Semoga Bahagia dengan kehidupan kini.. Insyaallah..sampai satu masa nanti ketemu juga kita.
No comments:
Post a Comment